BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009


Puasa Dulu Baru Raya-RaihanMySpace

nawaitu sau ma ro din an ada i fardi ramadhana
hazihi sanati lillah hi taala
nawaitu sau ma ro din an ada i fardi ramadhana
hazihi sanati lillah hi taala

sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan
fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah

puasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib

nawaitu sau ma ro din an ada i fardi ramadhana
hazihi sanati lillah hi taala

puasa melatih kita sabar puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam bulan ramadhan

nawaitu sau ma ro din an ada i fardi ramadhana
hazihi sanati lillah hi taala

hendaklah kita banyak bersedekah
jangan lupa pula baca Al-Quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas Nabi

nawaitu sau ma ro din an ada i fardi ramadhana
hazihi sanati lillah hi taala
sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan
fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah

paling penting sebelum berhari raya
tunaikanlah zakat dan fitrah
agar kita dapat meraikan bersama
tanpa mengira miskin dan kaya

kini tibalah saat yang dinanti
hari kemenangan bagi kita
selamat berhari raya

minal a'i din wal fa'i zin...
minal a'i din wal fa'i zin...
minal a'i din wal fa'i zin...
MySpace

..:tulipputeh:..
..:kelana jaya:..
..:harapan ramadhan:..

Erti Kemerdekaan: Bersyukurlah...

Laungan keramat kemerdekaan yang bergema pada tanggal 31 Ogos 1957, telah membuka lembaran baru bagi negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Tanpa disedari kini telah 52 tahun berlalu, menunjukkan umur negara Malaysia yang tercinta ini telah mencecah ke usia emas. Pada tahun 2009, rakyat Malaysia tambah bertuah kerana Hari Kemerdekaan Malaysia disambut dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Ibarat pakej yang mantap daripada Allah azzawajalla untuk kita memuhasabah diri bagi memahami erti sebenar kemerdekaan.

Malaysia tanah airku..

Kemerdekaan merupakan satu aset yang amat berharga bagi sesebuah negara, kerana daripada kemerdekaan inilah akan bermulanya era pemerintahan sendiri yang meletakkan masa depan sesebuah negara di tangan bangsa yang memilikinya. Erti kemerdekaan hanya akan dapat dihayati sekiranya didasari oleh pemahaman kemerdekaan secara holistik di mana kemerdekaan bukanlah hanya merangkumi aspek fizikal semata-mata tetapi kemerdekaan turut meliputi aspek mental dan spiritual.

Sekiranya disingkap kembali lembaran sambutan kemerdekaan yang telah dijalankan pada tahun-tahun yang lalu, ternyata erti kemerdekaan belum benar-benar berjaya digarap dan dicerna nilainya oleh masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda yang bakal menggalas kepimpinan negara di masa hadapan. Saban tahun dapat disaksikan kemerdekaan disambut dengan laungan penuh semangat tetapi disulami dengan aktiviti dan program yang terang-terang menodai nilai kemerdekaan itu sendiri. Sambutan kemerdekaan yang dimulakan dengan niat dan hasrat yang suci akhirnya tenggelam dalam riuh-rendah acara nyanyian, tarian dan pelbagai bentuk hiburan. Seharusnya ulang tahun kemerdekaan disambut dengan penganjuran aktiviti yang mampu menterjemahkan nilai-nilai kesyukuran dan memberi kesedaran ke arah peri pentingnya memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan.

Adakah kita harus membiarkan negara kita dijajah sekali lagi supaya kita akan benar-benar memahami erti perjuangan kemerdekaan dan menghargainya? Jika tidak apakah alternatif untuk kita mewujudkan kesedaran ini? Jika kita sendiri tidak sanggup menggantikan kemerdekaan ini dengan penjajahan, maka jalan yang paling hampir untuk menyelami maksud sebenar penjajahan itu adalah dengan menghayatinya melalui penderitaan dan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh mereka yang sedang terjajah. Apakah contoh yang paling dekat di hati kita selain negara Palestin? Kerana mereka turut berpuasa sepertimana kita rakyat Malaysia yang merdeka ini . Namun dalam serba kekurangan dan kehampaan kerana nasib mereka yang tidak pernah terbelakan walaupun berada di negara sendiri yang merdeka. Sejak tertubuhnya negara haram Israel di atas tanah rakyat Palestin, kemerdekaan yang dikecapi semenjak sekian lama ibarat tidak pernah wujud. Keadaan ini ditambahburukkan lagi dengan kewujudan tembok apartheid yang menjadikan Negara Palestin hanya tinggal sebesar Gaza sahaja. Segala keperluan asasi rakyat Palestin dibatasi bahkan dihalang sehingga menyebabkan hospital kekurangan ubat dan peralatan, bekalan eletrik terputus,........

Sebagai memikul tanggungjawab pengislahan kepada masyarakat mengenai makna sebenar kemerdekaan serta menyahut suara pembelaan kemanusiaan sejagat, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) berganding bahu menganjurkan Program Ramadhan di Ambang Merdeka 2009 yang bertempat di Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan pada 30 Ogos 2009, bermula seawal 2.00 petang sehingga 12.30 malam. Hasrat yang ingin dicapai melalui program ini diterjemahkan dengan menggariskan beberapa objektif iaitu:

  1. Meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-52 di peringkat Selangor di Ramadhan
  • Memberikan kesedaran mengenai erti kemerdekaan secara holistik dan realisitik
  1. Membawa kesedaran tentang peri penting kemerdekaan fizikal seiring dengan kemerdekaan spiritual yang sebenarnya perlu dihayati
  • Memberi kesedaran kepada kita tentang erti perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin yang terjajah sejak lebih 61 tahun lalu.

Melalui program kreatif dan yang seumpamanya ini diharap laungan kemerdekaan yang bakal bergema pada malam tanggal 31 Ogos 2009, adalah mewakili suara ummah yang sentiasa mencintai dan merindui kemerdekaan yang sebenar. Di samping tersedianya satu acara sambutan kemerdekaan dengan format baru yang lebih segar dan bersesuaian dengan semua keadaan dan masa sehingga tidak janggal diraikan di bulan Ramadhan.

*untuk maklumat lanjut di http://www.event4u. com.my/merdeka/ indexmerdeka. html

Ramadhan Diambang Merdeka 2009


..:tulipputeh:..

..:kelana jaya:..

..:bersyukur dengan nikmatNya:..


Friday, August 28, 2009

titipan rindu #1



Monkey
apa khabar agaknya tulip2 di laman putih ini....lama benar tidak menitip coretan di sini..banyak kali niat hendak menulis tergendala.banyak perkara yang nak dikongsikan,sampai rasa tak tertulis.

14-16 Ogos 09

wasilah yg dikira sangat penting untuk membentuk jiwa muslim saya kira, telah dianjurkan oleh insan2 yg tiada kenal putus asa utk meneruskan rantaian dakwah ini. jiwa saya walaupun boleh dikira sudah bbrp thn di jalan ini, pertama kali menelusuri setiap pengisian program sebagai peserta.bermula dari pengisian makrifaturrasul~yg membangkitkan semula emosi cinta, kasih & sayang terhadap insan bergelar Rasulullah SAW.bagaimana sayang kita pada kedua ibubapa yg byk berkorban untuk kita meneruskan kelangsungan hidup ini, begitulah sepatutnye..malah lebih & lebih lagi pada insan yang memberi kita peluang untuk merasa nikmat iman & Islam. tanpa usaha baginda tidak mungkin kita mengenal Islam itu apa.


senaman ringan yg dilakukan menyentuh hati saya,menyebabkan saya berfikir...Ya ALLAH... Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. kerana sifat2Nya itulah saya, kita semua dapat menhirup udara (dengan PERCUMA! dengan BEKALAN YG BERTERUSAN). menghirup udara yg kita perlukan di mana kita hanya menghirup oksigen sahaja di antara pelbagai lagi komponen gas dalam udara. ALLAH jadikan sistem pernafasan kita begitu unik & canggih, dapat menapis gas lain dari memasuki sistem badan kita.menakjubkan bukan?bayangkan jika sistem pernafasan kita seperti sistem2 mesin yg dicipta manusia.ada kemungkinan break down,apa akan jadi?keperluan oksigen terhenti...so,kita akan mati!tapi cantiknya sistem yg ALLah buat ini walaupun ada penyakit asma etc masih berupaya utk bernafas,menghirup oksigen....

jadi, alang2 anda dah baca entri ni,izinkan saya ambil 15 saat masa anda untuk anda pejam mata...tarik nafas...hirup udara segar,hirup aura2 +ve di sekeliling...dan hembus perlahan..hembuskan sekali aura2 -ve dr dalam diri...boleh ulang beraa banyak yang anda mahu.senaman ini boleh dilakukan sekerap mungkin,di mana jua,bila2 masa sj. (mcm iklan pulak...)

untuk insan2 yg lahir pada bulan Ogos...semoga senantiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi..~Allah selamatkan kamu~

em...banyak lagi nak tulis ni tapi...insyaallah dalam entri berikutnya...



..:tulipputeh:..
..:bangi:..
..:titipan rindu:..
..:ramadhan mubarak & ambang kemerdekaan:..